Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia |
Fosil ammonoid Paraceratites trinodosus (Mojsisovics) telah ditemui pada satu singkapan kecil batuan enapan marin di Kg. Mela, Jerantut, Pahang. Ammonoid ini dijumpai dalam syal hitam berkarbon kepunyaan Formasi Semantan. Spesies yang sama pernah dilaporkan di Sg. Tua, Cegar Perah dan Mentakab. Spesies ini diketahui umum sebagai fosil indek dan merupakan penanda zon bagi Subzon Trinodosus dalam Zon Paraceratites yang menandakan usia Subtahap Illyrian, Anisian Atas, Trias Tengah. Fosil ini mempunyai nilai yang tinggi dalam mengenali strata batuan Trias di Semenanjung Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |