Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Dewan Bahasa dan Pustaka |
Makalah ini meneliti sejarah, adat dan warisan orang asli Jahut. Pendekatan etnografi digunakan dalam penelitian ini untuk menerangkan secara deskriptif budaya dan subbudaya kumpulan masyarakat orang asli Jahut di Kampung Kuala Krau, Pahang. Berdasarkan Data Profil Perkampungan Orang Asli Pahang Daerah Temerloh 2009/2010, bilangan suku kaum Jahut di kampung ini ialah 702 orang. Daripada bilangan tersebut, seramai tujuh orang asli Jahut dipilih sebagai informan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual berstruktur, pemerhatian dan rakaman. Dapatan kajian ini merakamkan kepercayaan, adat resam, perubatan dan pantang larang masyarakat orang Jahut di kawasan kajian. Sebagai kelompok minoriti, budaya dan jati diri mereka dikhuatiri semakin hilang ditelan zaman. Oleh itu, penulisan artikel ini merupakan usaha untuk mendokumentasikan keberadaan masyarakat ini. Kata kunci: sejarah, adat, warisan, kepercayaan, orang asli Jahut. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |