Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Malaysian Journal of Society and Space |
Tahap pembangunan di sesebuah negara atau wilayah lazimnya dicerminkan oleh tahap pembandaran yang berlaku. Tahap pembandaran ini pula adalah sangat berkait rapat dengan tahap migrasi yang berlaku sama ada migrasi luar bandar ke bandar atau bandar ke bandar. Malaysia kini sedang mengalami kepesatan aliran migrasi bandar-bandar yang dipengaruhi oleh kemajuan pembangunan semasa di Malaysia. Sekarang ini, aliran migrasi menjadi lebih dinamik disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembangunan di kawasan-kawasan koridor ekonomi di seluruh Malaysia. Kajian ini meneliti senario migrasi bandar-bandar di Wilayah Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER) berasaskan kepada data bancian 2000 dan 2010, dan data mikro kajian soalselidik yang melibatkan 361isi rumah. Hasil kajian menunjukkan migrasi berlaku di ECER meskipun peratusannya adalah amat rendah . Ianya adalah didominasi oleh golongan muda yang masih belajar dan baru menceburi bidang pekerjaan. Sebagai sebuah wilayah ekonomi yang sedang membangun, kawasan-kawasan di ECER dijangkakan bakal menerima jumlah migrasi bandar-bandar yang lebih tinggi sama ada oleh penduduk baharu mahupun migran yang akan kembali ke tempat asal. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |