Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Heng, Gor Swee
Title :Penjelajahan geokimia sedimen sungai dan penentuan kualiti air di sekitar Lembangan Sungai Pahang, Pahang Darul Makmur
Place of Production :Bangi, Selangor
Publisher :Geological Society of Malaysia
Year of Publication :2000
Corporate Name :Universiti Kebangsaan Malaysia
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia
Kawasan kajian merangkumi seluruh Lembangan Sungai Pahang yang disebarkan oleh Jaluran Emas Tengah dan Jaluran Timah Timur. Tiga aspek kajian telah dilakukan iaitu penjelajahan geokimia dengan menggunakan sedimen sungai, penentuan kualiti air sepanjang Sungai Pahang dan penentuan kualiti air tanah di sekitar Pekan. Dalam kajian penjelajahan geokimia, sebanyak 291 sampel sedimen dikutip untuk dianalisis unsur logam Sn, Pb, Cu, Zn, Fe, Mn, Ni, Cd, Cr dan Au. Sejumlah 26 zon anomali yang berpotensi permineralan telah dikenali dan sembilan antaranya merupakan zon yang sangat menarik. Tiga zon anomali yang mungkin membawa kepada penemuan longgokan bijih barn Fe-Mn dan Pb-Cu-Zn telah ditemui di bahagian selatan Temerloh, iaitu di sekitar Sungai Triang, Sungai Serting dan Sungai Bera. Sebanyak 291 sampel air sungaijuga dikutip untuk kajian penentuan kualiti air Sungai Pahang. Parameter yang dianalisis termasuk parameter fizikal, kimia dan biologi. Berdasarkan kepada pengkelasan kualiti air, didapati kebanyakan bahagian Sungai Pahang dan cabangcabangnya boleh dikelaskan dalam Kelas II, kecuali Sungai Luit, Sungai Jempul, Sungai Tekam, Sungai Bentong dan Sungai Chenderoh yang dikelaskan dalam Kelas III. Bagi kajian penentuan kualiti air bawah tanah pula, sebanyak 47 sampel air tanah telah dikutip dari duabelas lubang gerudi di sekitar Pekan. Parameter yang dianalisis termasuk parameter fizikal dan kimia. Empat sistem akuifer yang mempunyai ketebalan dan kandungan kimia yang berlainan telah dikes an di kawasan ini. Satu punca penerobosan air masin yang berlaku di sekitar Kuala Pahangtelah ditemui dan didapati ia mempengaruhi kualiti air di sekitar Kampung Kuala Pahang dan Kampung Bentan. Bagi air tanah di lubang gerudi yang lain, semua airnya menunjukkan kualiti yang memuaskan dan sesuai untuk diguriakan sebagai air domestik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035