Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISBN :978-9674408428
Main Author :Ros Aiza Mohd Mokhtar
Additional Authors :Latifah Mustafa
Title :Senaman Tua (St) Melayu: Kearifan Lokal Melayu Dalam Aspek Kesihatan Fizikal
Varying Form of Title :Senaman Tua’ Exercise: Local Malay Wisdom in Physical Health Aspects
Edition :4-Nov-2020
Place of Production :Negeri Sembilan
Publisher :Universiti Sains Islam Malaysia
Year of Publication :2020
Corporate Name :Faculty of Leadership and Management, USIM
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Faculty of Leadership and Management, USIM
Tamadun dan bangsa Melayu kaya dengan kesenian dan adat. Hal ini dapat diperhatikan dalam pelbagai aspek kehidupan seperti kelahiran, perkahwinan, kematian, perubatan, kesihatan dan kaedah mempertahankan diri. Aspek kesenian dan adat juga dapat diperhatikan dalam Senaman Tua Melayu yang diperkenalkan oleh Azlan Ghanie yang kini mula mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya, tidak terkecuali dalam kalangan warga USIM. Justeru kajian ini bertujuan meneroka keunikan Senaman Tua Melayu sebagai sebuah kearifan lokal Melayu yang dipercayai boleh membantu meningkatkan kesihatan pengamalnya. Senaman Tua Melayu merupakan inovasi oleh Azlan Ghanie menggunakan pengamalan yang diwarisi daripada keluarganya dan pengamalan beliau dalam dunia seni mempertahankan diri. Ia merupakan sebahagian daripada Silat Keris Lok 9 yang turut diasaskan oleh Azlan Ghanie. Walaubagaimanapun, Senaman Tua diperkenalkan kepada masyarakat bagi memelihara dan meningkatkan kesihatan, manakala Silat Keris Lok 9 pula lebih menjurus kepada kaedah mempertahankan diri. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang mana data kajian dikumpul melalui kaedah temu bual informan penting iaitu pengasas Senaman Tua sendiri diikuti dengan lima orang pengamal Senaman Tua yang telah mengamalkan senaman tersebut lebih daripada lima tahun secara konsisten. Hasil kajian menunjukkan bahawa Senaman Tua Melayu mempunyai keunikan tersendiri iaitu kaya dengan adab dan petua orang Melayu terdahulu. Di samping merupakan latihan asas kepada pesilat Silat Keris Lok 9, Senaman Tua Melayu turut memperkenalkan gerakan berbentuk regangan badan yang menarik dan unik serta menekankan latihan yang memfokus kepada kekuatan dalaman. Justeru itu, kajian ini penting sebagai satu sumbangan untuk mengangkat martabat kearifan lokal yang wujud dan berkembang sebagai sebahagian daripada warisan budaya Melayu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035