Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Hashim bin Musa
Additional Authors :Rozita binti Che Rodi
Salmah Jan binti Noor Muhammad
Title :Surat Hang Tuah kepada Raja Ryukyu : kebijaksaan ilmu diplomasi Melayu tradisional
Edition :Vol. 1 Issue 1 (2018): 162-190
Place of Production :Serdang, Selangor
Publisher :Universiti Putra Malaysia
Year of Publication :2018
Corporate Name :Universiti Putra Malaysia
Location :Serdang, Selangor
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Putra Malaysia
Dalam  hubungan  diplomasi  kerajaan  Melayu  tradisional,  suratdijadikan  sebagai antara mekanisme utama dalam menyampaikan mesej diplomasi kepada kerajaan lain. Antara surat yang sarat dengan ilmu diplomasi Melayu ialah perutusan surat antara  kerajaan  Kesultanan  Melaka  dengan  kerajaan  Ryukyu  dalam  abad  ke-15 Masihi yang tercatat dalam RekidaiH?an, catatan rasmi Kerajaan Ryukyu. Namun, terdapat  persoalan  berkenaan  kaedah  penggunaan  bahasa  dan  tatacara  orang Melayu  dalam  menjalinkan  hubungan  diplomatik  menerusi  surat  Melayu  ini.  Oleh itu,  objektif  kertas  ini  adalah  untuk  mengenal  pasti  kebijaksanaan  orang  Melayu dalam  ilmu  hubungan  diplomatik  dari  elemen  bahasa  yang  digunakan  dalam perutusan  surat  kepada  kerajaan  luar  dan  menganalisis  penggunaan  bingkisan hadiah  dalam  memperkukuhkan  sesebuah  hubungan  diplomatik.  Kertas kerja  ini akan berfokus kepada kaedah kepustakaan dengan melakukan analisis teks ke atas surat  Hang  Tuah  kepada  Raja  Ryukyu,  terutamanya  dari  aspek bahasa  yang mencerminkan  kebijaksanaan  orang  Melayu  dalam membentuk,  menyusun  dan mengukuhkan  hubungan  diplomasi  kerajaan  Melaka.  Turut  dibincangkan  juga tentang bingkisan hadiah yang mempunyai makna pemberian dari sudut diplomatik, iaitu  sebagai  salah  satu  adat  dan  budaya  dalam  masyarakat  Melayu  apabila mengutus surat kepada kerajaan lain. Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa unsur diplomasi berdasarkan bahasa yang telah digunakan. Antaranya, kata pujian sebagai pemula bicara, kata sapaan atau pemberian gelaran di samping pemilihan   perkataan   yang   kaya   dengan   estetika   dan   penuh   dengan   gaya kesopananyang menjadi inti pati penting keseluruhan isi kandungan surat ini dalam memperkukuhkan  hubungan  kerajaan  Melaka  dengan  Raja  Ryukyu.  Selain  itu, terdapat  sekurang-kurangnya  19  pucuk  surat  daripada  kerajaan  Ryukyu  kepada kerajaan Melaka dan 11 surat daripada pihak Melaka kepada kerajaan Ryukyu. Tiga pucuk surat daripada pihak Melaka secara langsung berkaitan dengan Laksamana Hang Tuah dan bertarikh 1480, 1480 dan 1481, yang dengan jelas membuktikan kewujudan Hang Tuah dalam sejarah.Kata kunci:Hang Tuah, Ryukyu, Diplomasi, Melayu, Kebijaksanaan Tempatan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035