Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Fakulti Sains Sosial, Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan |
Kewujudan manuskrip undang-undang atau Hukum Kanun Pahang ini bertujuanuntuk memberi kesedaran kepada kita bahawa raja-raja Melayu yangcubamengamalkan keadilan dalam pemerintahan. Konsep keadilan undang-undangMelayu semakin diperkukuhkan lagi dengan penerapan nilai-nilai keadilanpemerintahan dalam agama Islam. Undang-undang adalah bertujuanuntukmemudahkan pentadbiran yang hendak dijalankan dalam setiap organisasi tertentu. Rakyat yang cuba melanggar atau mengancam kedudukan raja akan dituduh sebagai penderhaka dan dibakal menerima hukuman yang berat. Walaupun terdapat sesetengah hukuman dikenakan mempunyai unsur kekerasan namun sebenarnyasengaja digubal sebagai cara untuk menghalang daripada kedudukan raja itu digugat oleh rakyat. Jika masih ada rakyat yang melanggar peraturan melakukan kesalahandan menentang raja mereka perlu bersiap sedia dengan segala hukumanyangdijatuhkan ke atas mereka. Jelas juga bahawa kukuhnya agama Islamtersebut makatidak dapat lagi disangkal bahawa pengaruh Sultan amat besar dalamhukumkanunini sebagai ketua dalam kerajaan. Natijahnya undang–undang ini sengaja diciptasupaya kelihatan amat kejam untuk menakutkan rakyat tentang keperitandankesengsaraan sehingga ke saat kematian sekiranya dikenakan hukuman ini. Olehitudengan berkembangnya konsep “daulat” ataupun dipercayai oleh rakyat akankeistimewaan, kehebatan, kerohanian luar biasa seorang Raja maka rakyat menjadi patuh dan taat kepada segala suruhan dan hukum undang–undang yangtelahdilaksanakan. Dengan kemurnian tersebut keadaan negeri menjadi amandanmakmur, perdagangan berkembang pesat, tanaman hidup subur juga rakyat bertambah ramai lantas raja dianggap berjaya dalam merealisasikan HukumKanunPahang tersebut. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |