Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Perpustakaan UMP |
Kesultanan Melayu Melaka (KMM) adalah sebuah kerajaan dan empayar yang tersohor. Pengetahuan mengenainya banyak telah diketahui. Sejarah Melayu atau Sulatatus Salatin, telah menjadi sumber penting tempatan yag telah digunakan untuk kajian bahasa, kesusasteraan, histriograpi dan sejarah. Namun, tidak semua sarjana berpendapat Sejarah Melayu itu sebagai satu sumber sejarah yang dapat diterima sepenuhnya. Sumber-sumber Portugis, China dan Arab lebih dipercayai. Namun, pada pandangan saya Sejarah Melayu memang boleh dijadikan sumber sejarah; kerana pemerintahan raja-raja Melaka itu diiktiraf oleh sejarah kecuali jurai keturunan raja Bukit Seguntang Mahameru yang dilihat luar daripada kebiasaan. Namun penceritaan dilain-lain tempat dalam sejarah itu adalah cerita manusia yang biasa. Ketiadaan tarikh mungkin juga satu sebab mengapa ia diragui. Namun setiap masyarakat mempunyai tradisi pensejarahannya; bagi masyarakat Melayu ketiadaan tarikh itu adalah kerana cerita itu ditulis semula oleh banyak penulis. Oleh timbul isu samada Tun Seri Lanang itu penulisnya atau penyusunnya. Namun, itu bukanlah persoalannya disini. Sebagai seorang pengkaji sejarah, tulisan dalam Sejarah Melayu dapat dijadikan bahan sejarah bagi mengkaji Kesultanan Melayu Melaka yang tersohor itu. Nama-nama tempat yang disebut masih kekal sehingga kehari ini. Oleh itu, dalam mengkaji hubungan luar KMM yang terjalin dengan kawasan sekitarnya dan negara-negara luar disepanjang pemerintahan raja-rajanya, dapat dilihat kedinamikan hubungan itu. Hubungan itu berlaku diperingkat kerajaan dan juga peribadi pemerintah Melaka dengan dunia luar. Hubungan luar yang bersifat peperangan, penaklukan, pernaungan, perkahwinan diraja dan pengembangan Agama Islam , telah menjadi dasar dan pendekatan setiap pemerintah Melaka. Mereka menggunakan kaedah yang sama bagi memperkukuhkan kedaulatannya. Kesultanan Melayu Melaka terpaksa berhadapan dengan semua cabaran luar itu dengan cara yang jelas untuk menjaga ketuanannya dirantaunya. Hubungan dengan kuasa besar pula dilakukan dengan bijaksana untuk melindungi dan mengimbangi hubungan itu dan memelihara kedaulatannya.Kedatangan Feringgi telah merubah kekuatan KMM; kejatuhan kota Melaka ditangan Feringgi, telah melemahkan kekuatan Melaka sebagai sebuah kuasa penting di Kepulauan Melayu. Namun, KMM tetap mempertahankan kedaulatannya walaupun terpaksa berpindah randah membentuk pusat pentadbiran dan kerajaan ditanah-tanah naungannya. Disamping itu ia sentiasa dicabar dengan kekuatan Feringgi. Mempelajari hubungan luar KMM itu sebenarnya, kita dapat mempelajari kekuatan dan kelemahan kepimpinan yang menguruskan hubungan luar itu. Ia juga mempamerkan tamadun bangsa Melayu yang diwarisi oleh kita hari ini |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |