Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Fakulti Teknologi Kreatif dan warisan, |
Sungai Lembing merupakan sebuah tapak perlombongan yang terbesar di negeri Pahang satu ketika dahulu. Kawasan tersebut turut mendapat jolokan nama iaitu bandar yang terkaya di Semenanjung Malaysia dan turut digelar sebagai ‘El-Dorado Timur’ kerana kekayaan hasil bijih timah. Walaubagaimanapun akibat krisis kejatuhan harga bijih timah, bandar ini dibiarkan begitu sahaja dan kini kembali bangkit sebagai pusat pelancongan yang terpenting di negeri Pahang. Dalam kajian ini juga akan melihat cabaran-cabaran dan masalah yang timbul terutamanya kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dalam memastikan bandar tersebut kekal terpulihara. Dalam kajian ini juga melibatkan penggunaan kaedah kualitatif yang diperolehi dari sumber data yang berbeza iaitu data primer dan sekunder serta melibatkan kaedah kuantitatif terutama dalam mendapat maklum balas responden terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT). Melalui kaedah tersebut dapat melihat usaha selain keberkesanan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memulihara bandar Sungai Lembing untuk satu tempoh masa yang panjang. Berdasarkan kajian ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan kepada pihak luar terutama generasi akan datang mengenai peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memulihara bandar yang bersejarah. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |