Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :0128-0732
Main Author :Preethevan, Ramu
Additional Authors :Zuliskandar Ramli
Shamsuddin Ahmad
Mohamad Nazim Abdul Gaman
Asrul Effendi Kamaruzzaman
Muhammad Zaki Razani
Title :Laluan penarikan, Jempol, Negeri Sembilan berdasarkan sumber bertulis
Varying Form of Title :Written sources on penarikan route, Jempol, Negeri Sembilan
Edition :Vol. 33, No.1
Place of Production :Bangi
Publisher :Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia
Year of Publication :2020
Corporate Name :Institut Alam dan Tamadun Melayu
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Institut Alam dan Tamadun Melayu
Kedudukan geografi Malaysia yang berada di garisan khatulistiwa yang menerima hujan sepanjang tahun telah membentuk beberapa sungai yang mengalir dari beberapa banjaran gunung yang ada di Malaysia. Sungai memainkan peranan penting dalam konteks sejarah di mana ia menjadi tapak hunian terawal bagi sesuatu petempatan manusia dan menjadi jalan untuk pengangkutan air yang pintas menyeberangi lautan tanpa menunggu perubahan angin monsun untuk ke destinasi. Laluan Penarikan telah digunakan oleh pedagang dari pusat kerajaan di pantai timur Sumatera dan pantai barat Semenanjung untuk ke pantai timur. Jalan ini adalah jalan alternatif kepada jalan laut iaitu melalui Temasik (Singapura) di selatan Semenanjung Tanah Melayu. Jalan ini menghubungkan dua batang sungai utama iaitu Sungai Muar dan Sungai Pahang melalui Sungai Jempol, Sungai Serting dan Sungai Bera. Laluan ini dikenali sebagai Laluan Penarikan disebabkan perbuatan “menarik” perahu sepanjang kira-kira 0.6 km. Laluan Penarikan menjadi salah satu laluan yang menjadi tumpuan kepada para pedagang sehingga seorang pengembara yang bernama Manuel Godinho De Eredia telah mencatat dan melukis laluan penarikan di dalam koleksi petanya pada tahun 1613. Kini Laluan Penarikan sukar dikesan disebabkan sungai menjadi sempit akibat penebangan pokok serta pembinaan bangunan dan jalan raya tanpa had. Di samping itu, terdapat sebuah makam yang terbiar di Laluan Penarikan yang tidak diketahui siapa pemiliknya. Ringkasnya, dengan teknologi yang dahulu tidak dapat dinafikan bahawa Laluan Penarikan telah memberi sumbangan dan peranan yang tinggi terhadap para pedagang dengan menjimatkan masa dan mengurangkan jarak perjalanan untuk ke destinasi oleh para pedagang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035