Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Teknologi MARA |
Makalah ini meneliti sejarah, adat dan warisan orang asli Jahut. Pendekatan
etnografi digunakan dalam penelitian ini untuk menerangkan secara deskriptif
budaya dan subbudaya kumpulan masyarakat orang asli Jahut di Kampung Kuala
Krau, Pahang. Berdasarkan Data Profil Perkampungan Orang Asli Pahang Daerah
Temerloh 2009/2010, bilangan suku kaum Jahut di kampung ini ialah 702 orang.
Daripada bilangan tersebut, seramai tujuh orang asli Jahut dipilih sebagai informan.
Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual berstruktur, pemerhatian
dan rakaman. Dapatan kajian ini merakamkan kepercayaan, adat resam, perubatan
dan pantang larang masyarakat orang Jahut di kawasan kajian. Sebagai kelompok
minoriti, budaya dan jati diri mereka dikhuatiri semakin hilang ditelan zaman. Oleh
itu, penulisan artikel ini merupakan usaha untuk mendokumentasikan keberadaan
masyarakat ini |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |