Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Dalam perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi kepada aliran kiri dan aliran kanan. Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS). Aliran kanan pula dipelopori oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dan Berjaya mencapai kemerdekaan. Perjuangan nasionalisme aliran kiri memang tidak Berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu. Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat diteruskan lagi. Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada 1989 di Haadyai. Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangannya melingkari topik berkenaan gerakan antikolonial, gerakan politik, perjuangan kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis kiri pada zaman penjajah. Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga menebual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |