Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Makalah ini membincangkan kesedaran kebangsaan golongan rakyat di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua khususnya dengan kemunculan PKMM. Mereka menjadi satu gerakan yang dinamik dan tidak tertakluk kepada kerangka politik Melayu tradisional. PKMM dianggap sebagai golongan radikal dalam politik Tanah Melayu. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan maklumat berkenaan gerakan kiri dan faktor yang mempengaruhi gerakan kesedaran ini dicerap dari dokumen, buku, akhbar, majalah serta artikel yang berkaitan. Sumber-sumber ini dianalisis untuk menghasilkan artikel ini. Hasil kajian memperlihatkan golongan nasionalis kiri Melayu berjuang untuk membela nasib masyarakat Melayu yang semakin jauh ketinggalan berbanding golongan imigran dan secara terbuka menuntut kemerdekaan. Kesedaran golongan ini banyak dipengaruhi oleh semangat yang dicetuskan oleh negara luar seperti India, Timur Tengah dan juga Indonesia di samping peranan akhbar. Secara ringkasnya pengaruh luar melahirkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu bahawa rakyat mempunyai kuasa dalam sistem pemerintahan di tanah air sendiri. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |