Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN : 2289-6813
Main Author :Kamaruddin M. Said
Title :Minda Pemimpin Komunis Melayu: Rashid Maidin dan Abdullah C.D.
Varying Form of Title :The Minds of Malay Communist Leaders: Rashid Maidin and Abdullah C.D.
Edition : VOL. 1 NO. 1
Place of Production :Kuala Lumpur
Publisher :Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Year of Publication :2014
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Rashid Maidin dan Abdullah C.D. ialah dua orang pemimpin de facto Rejimen ke10, Tentera Pembebasan Rakyat Malaya di bawah Parti Komunis Malaya. Minda mereka secara bergandingan, iaitu gabungan pemikiran, kesedaran dan cita-cita peribadi mereka, dengan input ideologi Marxisme-Leninisme-Maoisme telah menjadi acuan kepimpinan dan tindakan mereka menerusi kegiatan bersenjata PKM selama empat dekad. Pemikiran, kesedaran dan impian politik mereka ini terungkap dalam memoir mereka. Bergantung kepada perubahan dalam persekitaran politik di Persekutuan Tanah Melayu dan politik dunia selama empat dekad itu, minda mereka boleh dianggap dipengaruhi oleh pilihan rasional ataupun dogmatisme ideologi. Pada mulanya, minda mereka dipandu oleh pilihan rasional kerana keterlibatan mereka dalam PKM adalah dalam era gerakan nasionalisme menentang kolonialisme Inggeris sedang bersemarak di Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu, setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada 1957, dan gerakan PKM mengalami kemerosotannya, mereka berdua sebagai pemimpin penting PKM telah berusaha mempergiatkan kembali gerakan perjuangan bersenjata menerusi Rejimen ke-10 tersebut. Hal ini terjadi kerana minda nasionalis mereka telah pun terperangkap dalam dogmatisme Marxisme-Leninisme-Maoisme. Dogmatisme ideologi menjadi landasan kepada pilihan rasional mereka untuk meneruskan gerakan revolusionir bersenjata. Makalah ini bertujuan menyelami minda politik Rashid Maidin dan Abdullah C.D. menerusi analisis kandungan terhadap memoir mereka. Isi minda Rashid Maidin dan Abdullah C.D. ditafsirkan berpandukan teori ‘pilihan rasional’ yang pernah diguna pakai oleh Theda Skocpol apabila menganalisis secara sosiologikal tentang revolusi sosial di Perancis, Russia dan China.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035