Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISBN :0127-8983
Main Author :M.A. Fawzi, Basri
Title :Perak sebelum dan selepas perang dunia kedua satu analisis tentang nasionalisme orang Melayu
Edition :Jil 1, Bil 1
Place of Production :Sintok, Kedah
Publisher :Universiti Utara Malaysia
Year of Publication :2010
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Rencana ini adalah satu kajian tentang perkembangan Nasionalisme Melayu di negeri Perak Sebelum dan Selepas Perang Dunia Kedua perjuangan politik atau Nasionalisme negara kita adalah dilakukan oleh orang-orang Melayu. Rencana ini adalah satu analisis yang mempamerkan pola pelakuan politik dan pertumbuhan nasionalisme Melayu di Perak. Analisisnya meliputi pemikiran, semangat, kesedaran dan tindakan politik. Penubuhan Madrasah Il lhya Assyarif di Gunung Semanggol telah menjadi medan memperjuangkan bidang agama, pendidikan, ekonomi dan politik. Madrasah ini dan madrasah-madrasah lain telah mencorakkan politik Malaysia. Pengaruh perjuangan rumpun Melayu di Indonesia turut mewarnai perjuangan politik di negeri ini. Selepas perang Perak menjadi medan politik Melayu,khususnya partai radikal Melayu seperti PKMM, API dan AWAS yang akhirnya melahirkan PUTERA di Taiping dalam tahun 1947. Pertubuhan lain yang tumbuh mulai 1946 ialah Perikatan Melayu Perak dan Persatuan Melayu Perak. Dua Pertubuhan ini menjadi kerabat UMNO. Walaupun UMNO ditubuhkan di Johor Bahru, tetapi memulakan operasinya di Perak, apabila Dato Bukit Gantang dilantik menjadi Setiausaha Agong UMNO yang pertama Biro politik UMNO yang ditugas merancang protes Malayan Union juga dianggotai oleh ahli UMNO dari Perak. Kelahiran PAS juga dapat dikatakan bermula dari penubuhan partai Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol pada tahun 1948. Politik Melayu di Perak berubah mulai tahun 1950 dan apabila halajuang politik Melayu dapat dikenalpasti pengasingannya melalui kehadiran orang Melayu dalam UMNO, PAS, NAP dan gerakan sayap kiri Pengaruh Elit Tradisional juga turut berakhir dalam tahun 1950'an. Hal ini ternyata apabila Ghazali Jawi mengambilalih pimpinan UMNO Perak menggantikan Dato ' Panglima Bukit Gantang (Presiden NAP) yang gaga1 mengasingkan UMNO Perak dan UMNO Pusat. Selepas tahun 1959, gerak politik Melayu dapat dilihat dengan kehadiran orang Melayu dalam UMNO, PAS dan DAP. Perkembangan dari tahun 1945 - 1959 telah mewarnai politik orang Melayu di Perak.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035