Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Kajian ini adalah mengenai seorang tokoh pejuang negara bernama Shamsiah Fakeh. Walaubagaimanapun ramai yang mengenalinya sebagai seorang tali barut komunis dan digelar sebagai Wanita Besi Parti Komunis Malaya. Beliau merupakan antara tokoh terawal yang membentuk peranan wanita yang bersifat progresif di Malaya. Beliau berani mencabar budaya konservatif pada masa itu yang menganggap peranan wanita sebagai kurang penting dan terhad kepada peranan di dapur sahaja. Sepanjang kajian ini, kita dapat mempelajari bahawa sehingga ke akhir hayatnya, beliau merupakan seorang nasionalis sejati dan anti-British yang tegar. Terdapat beberapa persoalan yang ingin diketengahkan oleh penulis dalam kajian ilmiah ini. Antaranya seperti latar belakang Shamsiah Fakeh sehingga beliau dikenali sebagai pejuang wanita di Tanah Melayu, bagaimana pergerakan wanita Melayu dalam memperjuangkan kemerdekan di Tanah Melayu dan apakah sejarah dan perjuangan yang dilakukan oleh Shamsiah Fakeh di Tanah Melayu serta bagaimanakah penilaian masyarakat terhadap perjuangan dan sumbangan yang dilakukan oleh Shamsiah Fakeh. Penulis berharap dengan adanya kajian seperti ini, segala tanggapan negatif dan tomahan yang dilemparkan kepada Shamsiah Fakeh dapat diubah. Hal ini kerana penulis berpendapat setiap manusia mempunyai hak tersendiri untuk berjuang, terutamanya demi negara tercinta. Walaupun parti yang dianggotai oleh beliau berhaluan kiri dan tidak diterima oleh kerajaan tetapi beliau ikhlas berjuang mempertahankan tanah air daripada penjajah. Semoga Allah S.W.T memberkati perjuangan beliau. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |