Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :0126-6039
Main Author :Zulfahmi Ali Rahman
Additional Authors :Sahibin Abd Rahim
Wan Muhd Razi Idris
Jasni Yaakob
Title :Tinjauan awal potensi ketidakstabilan cerun dan cirian fiziko-kimia tanah di Cameron Highlands, Pahang
Place of Production :Bangi, Selangor
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2007
Corporate Name :Universiti Kebangsaan Malaysia
Location :Bangi, Selangor
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia
Secara geologi, kawasan Cameron Highlands terdiri daripada batuan granit batolit yang merejah ke dalam batuan sedimen yang lebih tua. Rejahan jasad igneus asidik ini menyebabkan pembentukan batuan meta-sedimen dan batuan metamorfik lain sebagai sisa bumbung. Sekis sering ditemui telah mengalami luluhawa tinggi hingga sepenuhnya, berwarna kelabu cerah hingga gelap dengan butiran halus hingga sederhana dan strukturfoliasi yang ketara. Manakala batuan granit mengandungi mineral kuarza, felspar dan butiran biotit dan/atau turmalin. Kebanyakan cerun potongan jalan raya yang dibina merentasi jasad batuan ini dan survei ketidakstabilan cerun dilakukan berdasarkan jenis, geometri dan cirian fiziko-kimia tanah cerun. Hasil cerapan lapangan menunjukkan bahawa jenis cerun yang gagal adalah jenis cerun tanah yang terdiri daripada jenis gelinciran cetek dan dalam. Antara faktor yang menyumbang kepada ketidakstabilan cerun adalah geometri cerun seperti cerun yang tinggi dan sudut muka cerun yang curam,sifat keperoian tanah pada cerun dan kekurangan litupan vegetasi permukaan. Ini menyebabkan permukaan cerun terdedah kepada hentaman terus hujan. Kesan daripada air larian permukaan juga menyebabkan pembentukan alur-alur hakisan pada muka cerun tanah. Sifat fiziko-kimia bahan cerun (tanah) seperti taburan saiz partikel, pH, kandungan ferum oksida, bahan organik, kandungan air, ketumpatan pukal dan sebenarserta keporosan juga didapati memainkan peranan sebagai faktor yang dalaman dalam mempengaruhi kestabilan cerun tertentu yang dikaji. Julat pH tanah yang rendah (sifat asidik) pada semua cerun mengurangkan kandungan ferum oksida dalam tanah yang bertindak sebagai bahan penyimen tanah. Ini menyebabkan agregatan tanah menjadi lemah dan mudah terhakis.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035