Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Kajian tentang kata ganti nama dalam pelbagai bahasa dan dialek bukan suatu yang baharu, sekali gus memberikan maklumat tentang perbezaan leksikal atau fonologi kata ganti nama itu sendiri, serta taburan penggunaannya. Kajian-kajian tersebut bahkan turut menjadi asas kepada geolinguistik umumnya dan kajian ini, khasnya. Dalam kajian kali ini, leksikal kata ganti nama, iaitu 'saya’, ‘kamu’ dan ‘dia’ dalam dialek Melayu di dua buah daerah (Pekan dan Lipis) di Pahang telah diteliti. Berasaskan analisis geolinguistik, elemen linguistik digabungkan bersama dengan faktor bukan linguistik, seperti bentuk muka bumi, persempadanan, migrasi dan sejarah. Data kajian diperoleh daripada wawancara berstruktur terhadap responden yang terdiri daripada golongan remaja, dewasa dan warga tua. Kajian menunjukkan leksikal-leksikal tersebut mempunyai varian yang pelbagai. Warga tua didapati masih mengekalkan penggunaan dialek tempatan, namun penggunaannya semakin memudar dalam kalangan remaja dan umur produktif. Taburan varian leksikal tersebut dipetakan menggunakan bantuan perisian Sistem Maklumat Geografi (Geographic Information System – GIS). Perbandingan dan penyebaran setiap varian kata ganti naman yang digunakan telah berjaya membantu menghuraikan faktor geografi yang mempengaruhi pembentukan dan penyebarannya di daerah Pekan, Pahang, sekali gus membuktikan bahawa kesemua varian yang digunakan sangat berkaitan dengan geografi dan sosioekonomi setempat. Kajian ini menjadi lebih menarik, sistematik dan meyakinkan kerana disokong dengan teknologi dan pendekatan multidisplin |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |