Koleksi Tamadun Pahang
|
|
Abstract : |
Nama Pak Sako sendiri bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako atau nama sebenar beliau Ishak Hj. Muhammad, dilahirkan pada bulan September 1909 di Kampung Bukit Saguntang, Temerloh, Pahang. Beliau juga dikenali dengan nama pena seperti Hantu Raya, Isako San, Pak Pandir Moden dan juga Anwar. Beliau banyak menghasilkan novel, cerpen, esei dan memoir serta turut menulis rencana untuk akhbar Kumpulan Utusan Melayu. Antara karya beliau yang cukup terkenal ialah novel 'Putera Gunung Tahan' dan 'Anak Mat Lela Gila'. Kedua-dua novel tersebut mencerminkan pandangan dan cita-cita pengarangnya sebagai seorang patriot dan sasterawan. Dari tahun 1939 hingga 1941, beliau bertugas sebagai salah seorang sidang pengarang Utusan Melayu yang pada kitika itu dipimpin oleh Abdul Rahim Kajai. Dalam waktu yang sama beliau mula bergiat dalam pergerakan politik. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |