Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Peristiwa pemberontakan Pahang yang berlaku padapenghujung abad ke-19 Masihi menyaksikan wujudnya kepimpinan ulama dalam menyemarakkan semangat jihad dalam jiwa para pejuang. Antara ulama yang hadir dalam peristiwa tersebut ialah Haji Uthman bin Senik. Justeru artikel ini akan membincangkan peranan Haji Uthman bin Senik dalam memimpin para pejuang dalam peristiwa pemberontakan Pahang. Metodologi penulisan ini ialah analisis kandungan dan kajian kepustakaan. Menerusi penulisan ini didapati bahawa terdapat pelbagai peranan hasil kepimpinan Haji Uthman binSenik iaitu menerusi bidang pengajaran dan penulisan serta penglibatan secara langsung di medan perang. Peranan-peranan ini dikenalpasti berjaya menyatupadukan para pejuang dalam meluahkan semangat anti penjajahan terhadap penjajahan British di negeri Pahang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |