Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Pertahanan Nasional Malaysia |
Pahang menyaksikan perlantikan residen pertama British pada tahun 1888 dan dua tahun selepasnya berlaku sebuah peristiwa besar yang dikenali sebagai peristiwa pemberontakan Pahang. Peristiwa ini merupakan manifestasi rasa tidak senang dan antipenjajah rakyat Pahang terhadap kedatangan British. Di sebalik peristiwa ini terdapat seorang sultan yang mempunyai kehebatan luar biasa yang menjadi harapan dan taruhan rakyat dan penjajah British. Baginda yang dimaksudkan ialah Sultan Ahmad. Justeru kertas kerja ini akan melihat nilai-nilai kepimpinan dan kredibiliti baginda sebagai seorang sultan yang disayangi rakyat. Penulisan ini akan menggunakan analisis kandungan dan kajian kepustakaan sebagai metodologi. Menerusi penulisan ini didapati bahawa Sultan Ahmad merupakan seorang sultan yang pintar dan disayangi seluruh rakyat Pahang. Baginda dilihat berdolak dalik dengan pelbagai alasan sehingga berjaya melengahkan kemasukan kuasa British ke atas Pahang. Meskipun akhirnya British berjaya menjajah negeri Pahang, Sultan Ahmad dilihat sukar difahami dan dibaca pendiriannya oleh pihak British sehingga apabila peristiwa pemberontakan Pahang ini berlaku British masih gusar dengan tindak tanduk baginda. Pelbagai tindakan dikenakan British bagi mengurangkan pengaruh Sultan Ahmad ke atas pejuang Pahang. Namun ia tidak mengurangkan sama sekali kasih baginda terhadap rakyatnya. Baginda berjaya menampilkan kredibiliti sebagai seorang ketua tradisi yang disegani dan dihormati rakyat serta digeruni pihak musuh. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |