Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :2289-1706
Main Author :Harun Mat Piah
Title :Ilmu perubatan Melayu tradisional dari naskhah-naskhah Lama
Edition :Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3 (3). pp. 3-17.
Place of Production :Bangi, Selangor
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2012
Summary :Teks Kitab Tib versi Terengganu ini dapat dianggap mewakili teks-teks kitab tib lain yang kebanyakannya menumpu pada penyakit-penyakit kronik, biasa dan hidapan, termasuk MSS 2515 Perpustakaan Negara Malaysia yang dijadikan dasar dalam penulisan buku Kitab Tib Ilmu Perubatan Melayu (Harun Mat Piah 2006) itu. Melalui edisi ini nanti pemahaman terhadap tradisi dan cara persembahan kitab-kitab tib Melayu akan lebih jelas, seterusnya menambah maklumat dan pengetahuan dalam bidang ini. Sehingga ini sekitar 160 halaman teks Harun Mat Piah 17 telah ditransliterasikan dan dijangka dapat disiapkan sepenuhnya sekitar akhir September 2012.
Corporate Name :Universiti Kebangsaan Malaysia
Location :Selangor
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia
Makalah ini membicarakan ilmu perubatan Melayu Tradisional dari sumber tertulis iaitu manuskrip-manuskrip atau naskhah-naskhah lama Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi dunia. Sumber utama ialah dari koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia yang menyimpan sekitar 40 naskhah dengan judul atau dalam kategori “Kitab Tib”. Skop perbincangan termasuk kandungan beberapa naskhah Kitab Tib yang dipilih, liputan dari segi nama dan bentuk penyakit, kaedah rawatan, ubat, proses pembuatan ubat, bahan dan ramuan, kaedah penggunaan, pantang larang dan cara pencegahan penyakit. Dibicarakan juga khasiat perubatan beberapa jenis ramuan, khususnya dari jenis herba yang ada hubungannya dengan pengubatan dan pemakanan untuk kesihatan secara umum. Rujukan khusus perbincangan ini ialah Kitab Tajul Muluk, sebagai sebuah kitab tib yang tipikal dan Kitab Tib – Ilmu Perubatan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia 2006 hasil dari kajian dan selenggaraan penulis; sementara pemilihan aspek dan item yang di bincang ialah yang mempunyai perkaitan dan kerelevanannya dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia masa kini.

References
Abdul Razak Abdul Karim. 2008. Kitab Tib Pontianak - Kajian dari Segi Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdul Samad Ahmad. 1983. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ding Choo Ming. 2002. Khatijah Terong dengan karyanya Perhimpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan. Jurnal Filologi Melayu 10: 19-33. Harun Mat Piah. 2006. Kitab Tib ? Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Mohd. Hilmi Bin Abdullah. 2006. Tatacara Penjagaan Kesihatan Menurut Ibnu Sina. Kota Bharu, Pustaka Hilmi.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035