Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Makalah ini membicarakan ilmu perubatan Melayu Tradisional dari sumber tertulis iaitu manuskrip-manuskrip atau naskhah-naskhah lama Melayu yang tersimpan dalam pelbagai koleksi dunia. Sumber utama ialah dari koleksi Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia yang menyimpan sekitar 40 naskhah dengan judul atau dalam kategori “Kitab Tib”. Skop perbincangan termasuk kandungan beberapa naskhah Kitab Tib yang dipilih, liputan dari segi nama dan bentuk penyakit, kaedah rawatan, ubat, proses pembuatan ubat, bahan dan ramuan, kaedah penggunaan, pantang larang dan cara pencegahan penyakit. Dibicarakan juga khasiat perubatan beberapa jenis ramuan, khususnya dari jenis herba yang ada hubungannya dengan pengubatan dan pemakanan untuk kesihatan secara umum. Rujukan khusus perbincangan ini ialah Kitab Tajul Muluk, sebagai sebuah kitab tib yang tipikal dan Kitab Tib – Ilmu Perubatan Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia 2006 hasil dari kajian dan selenggaraan penulis; sementara pemilihan aspek dan item yang di bincang ialah yang mempunyai perkaitan dan kerelevanannya dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia masa kini. |
References |
Abdul Razak Abdul Karim. 2008. Kitab Tib Pontianak - Kajian dari Segi Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Samad Ahmad. 1983. Warisan Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ding Choo Ming. 2002. Khatijah Terong dengan karyanya Perhimpunan Gunawan Bagi Laki-Laki dan Perempuan. Jurnal Filologi Melayu 10: 19-33.
Harun Mat Piah. 2006. Kitab Tib ? Ilmu Perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Mohd. Hilmi Bin Abdullah. 2006. Tatacara Penjagaan Kesihatan Menurut Ibnu Sina. Kota Bharu, Pustaka Hilmi. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |