Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Jabatan Bahasa Melayu |
Kesultanan Melaka pada zaman kemuncaknya dalam abad 14M dan awal 15M merupakan sebuah karajaan maritim yang bertaraf dunia. Bandar pelabuhan Melaka dikunjungi 2000 kapal dan perahu setiap hari dari Asia Tenggara, dari dunia barat dan dunia timur. Terdapat di sana 100,000 manusia yang bertutur 84 bahasa, di mana orang-orang Gujrat, Tamil, Bengali dari India berinteraksi dan berdagang dengan bangsa Melayu, China, Arab, dan lain-lain. Terdapat dua jalan dari dunia barat ke timur; iaitu jalan darat dari Eropah ke timur melalui Baghdad, Tashkent melintasi negara China sehingga ke pelabuhan Guangzou yang dianggap sebagai jalan sutera daratan (land silk road), dan satu lagi ialah jalan laut dari Eropah melalui Mesir, negara Arab, India, Melaka, Siam dan ke China yang dianggap sebagai jalan sutera lautan (maritime silk road), dan Melaka terletak di tengah-tengah perjalanan laut itu. Penjelajahan Hang Tuah ke 14 buah negara secara simbolik melambangkan jaringan Melaka dengan negara-negara utama dunia pada masa itu. Hubungan Melaka dengan China, Siam, dan India telah banyak diketahui, namun hubungan Melaka dengan kerajaan Ryukyu Jepun belum lagi diperkatakan dengan mendalam. Kertas ini akan menghuraikan secara ringkas surat-surat perutusan antara kerajaan Melaka dengan kerajaan Ryukyu, iaitu bermula sekitar tahun 1463 hingga 1511. Dalam Rekidai Hõan, iaitu catatan rasmi kerajaan Ryukyu yang masih tersimpan di Muzium di Okinawa, terdapat 19 pucuk surat daripada Ryukyu dan 11 daripada Melaka. Antara surat daripada Melaka terdapat tiga pucuk surat yang boleh dikaitkan secara langsung dengan Laksamana Hang Tuah; dua surat itu bertarikh 1480 dan satu surat lagi bertarikh 1481, iaitu zaman Sultan Alauddin Ri?ayat Shah memerintah Melaka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |