Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Fakulti Undang Undang |
Pahang atau dikenali dengan pelbagai nama yang lain seperti Peng –Heng atau Pong-Fong melakar susur galur pemerintahan bermula daripada keturunan Raja-raja Melaka iaitu Sultan Muhammad Shah (1470-1475) sehingga Sultan Mahmud Shah. Setelah itu, keturunan Bendahara Tun Habib Abdil Majid, keturunan Bendahara Melaka telah mengambil alih tampuk pemerintahan Pahang dan akhirnya pada tahun 1882 Bendahara Wan Ahmad menjadi keturunan Bendahara yang pertama telah memakai gelaran DYMM Sultan. Sementara itu, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang yang menjadi autoriti utama sistem pentadbiran kerajaan Pahang telah dimeterai pada tahun 1948 oleh DYMM Sultan Abu Bakar Ri‟ayatuddin Mu‟azzam Shah Ibni Almarhum Almuktasim Billah Sultan Abdullah. Kertas kerja ini membincangkan susur galur pemerintahan beraja Pahang dan kuasa, hak dan kedaulatan Raja Pemerintah dengan merujuk kepada peruntukan-peruntukan tertentu di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Pahang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |