Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia |
Demokrasi (Pilihanraya dan Pemilihan Parti) dan berasaskan amalan kebiasaan. Namun begitu dalam keadaan tertentu proses penggantian kepimpinan ini seringkali pula menimbulkan konflik dan polemik apabila ada keinginan untuk mengetahui kepimpinan itu secara wajarnya walaupun dilakukan atas nama Demokrasi (kebebasan untuk bertanding dan memilih pemimpin). Meskipun tuntutan Demokrasi membenarkan pertandingan (unsur keterbukaan), namun landasan sistem pemerintahan yang terbuka sifatnya itu akan menjadi agenda untuk mempertahankan kepentingan kelompok yang kecil sedangkan majoriti kumpulan yang lain menjadi mangsa akibat dasar liberalisasi serta keterbukaan itu. Maka akan wujud impak serta akibatnya. UMNO sebagai sebuah parti terbesar kepada orang-orang Melayu, telah menempuh tidak kurang daripada lima belas (15) krisis besar sejak parti itu ditubuhkan pada tahun 1946. Di dalam siri-siri krisis tersebut yang berlaku 4 kriteria ini diambil perhatian dan selalu di nilai dan dianalisis iaitu Siapa atau watak utama yang terlibat, Apakah isu-isunya yang terlibat dan dilibatkan, Sebab musabab pemula kepada krisis dan apakah pengakhiran kepada krisis tersebut serta implikasinya. Berasaskan kepada penelitian artikel ini merumuskan bahawa DNA UMNO itu adalah krisis dimana krisis dan konflik itulah mewujudkannya, membina, memperkukuh, memperkasa dan juga memberikan kelemahan kepada parti politik tersebut. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |