Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Ahmad, Sohaimi Lazim
Title :Pengaruh Jepun Terhadap Bidang Pendidikan Di Tanah Melayu (Malaysia) 1941-1990-an
Place of Production :Pulau Pinang
Publisher :Universiti Sains Malaysia
Year of Publication :2009
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Banyak kajian telah dijalankan berkaitan dengan hubungan Malaysia-Jepun sejak Perang Dunia Kedua sehingga kini namun tumpuan masih kurang diberikan terhadap aspek pendidikan. Kajian ini cuba mengisi kekosongan  tersebut dengan memberi tumpuan kepada dasar-dasar pendidikan Jepun dan kesannya kepada masyarakat Tanah Melayu semasa zaman pendudukan 1941-45 serta hubungan Malaysia-Jepun selepas 1957. Berasaskan sumber dokumen dan lisan, pengkaji cuba membongkar kembali pengalaman generasi 1940-an mengenai pengalaman suka duka mereka menerima pendidikan mengikut sistem dan cara Jepun. Walaupun sistem pendidikan ketika itu dipenuhi masalah dan kelemahan tetapi sedikit sebanyak faedahnya dapat juga dikecapi mereka lantaran penekanan yang diberikan kepada pendidikan nilai dan pembinaan disiplin diri. Selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957, hubungan Malaysia–Jepun terus berjalan diatas dasar saling bergantung namun lebih menguntungkan Jepun terutamanya dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Pada tahun 1980-an, Malaysia melancarkan dasar meniru budaya kerja Jepun melalui Dasar Pandang Ke Timur bertujuan menjadikan Jepun sebagai model pembangunan. Di bawah dasar ini, pelajar dan pelatih dihantar belajar dan menjalani latihan di Jepun bagi membolehkan mereka mempelajari dan mengamalkan budaya kerja Jepun. Kajian yang dibuat dalam kalangan bekas pelajar menunjukkan mereka mendapat faedah belajar di sana kerana mempelajari dan dapat mengamalkan budaya dan etika kerja Jepun di alam kerjaya. Pengalaman mereka hampir sama dengan pengalaman generasi tahun 1940-an iaitu mempelajari nilai positif dan membentuk disiplin diri bagi membina pemikiran dan sikap yang baik ke arah kejayaan dalam hidup pada masa depan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035