Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :1985-0611
Call number :No. 32 (1) April 2023
Main Author :Ho Hui Ling
Title :Persaingan Kuasa antara Komunis dengan Kerajaan di Tanah Melayu, 1948-1960
Varying Form of Title :Power Rivalry Between the Communists and the Government in Malaya, 1948-196
Place of Production :Kuala Lumpur
Publisher :Universiti Malaya
Year of Publication :2023
Web Link :Click to view web link

Abstract :
Gerakan  komunis  adalah  ancaman  kepada  ketenteraman  awam  dan  keselamatan  di  Tanah Melayu. Dengan itu, kerajaan (merujuk kepada pentadbiran British) mengisytiharkan darurat di  Tanah  Melayu  (1948-1960).  Komunis  (Parti  Komunis  Malaya/PKM)  dan  kerajaan mempunyai  agenda  politik  masing-masing  di  Tanah  Melayu.  Artikel  ini  bertujuan  untuk membincangkan  permasalahan  gerakan  komunis  dan  tindakan  kerajaan  untuk  menentang komunis. Artikel  ini  menggunakan  pendekatan  kualitatif,  iaitu  kaedah  kajian  perpustakaan dengan  merujuk  sumber  primer  seperti  rekod  Pejabat  Tanah  Jajahan,  laporan  dan  terbitan kerajaan sertaakhbar, dan pelbagai sumber sekunder seperti buku serta artikel.Penulisan ini mendapati  bahawa wujud  persaingan  kuasa  di  antara komunis  dengan  kerajaan  dalam menegakkan  kuasa  dan  melebarkan  pengaruh  masing-masing  dalam  kalangan  pendudukTanah Melayu pada zaman darurat. Persaingan  ini  wujud ekoran daripada PKM yang ingin menguasai  Tanah  Melayu  dan  menubuhkan  republik  komunis,  manakala  kerajaan  pula bertindak untuk menghalang    rancangan politik PKM kerana    boleh    menjejaskan pentadbirannya  di  Tanah  Melayu.Justeru,  usaha  diambil  oleh  kerajaan  untuk  membanteras komunis.  Usaha  kerajaan  itu  mendatangkan  kesulitan  kepada  gerakan  komunis,  terutama dalam memperoleh bekalan makanan, maklumat dan bantuan dari kalangan pendudukTanah Melayu.  Sebaliknya,  usaha  kerajaan  itu  berjaya  memenangi  kerjasama  penduduk  kepada pihak  kerajaan. Akhirnyagerakan  komunis  dapat  ditumpaskan  dan  penguatkuasaan  darurat ditarik balik pada 31 Julai 1960.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035