Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Arkeologi Malaysia |
Matlamat muzik Islam di Pahang secara amnya tidak banyak beza daripada muzik dalam tamadun Islam yang lain. Ia bermatlamat untuk meningkatkan nilai-nilai murni dan baik. Keindahan yang terpancar dalam muzik Islam tersebut boleh menghasilkan ciri yang baik, murni, benar dan bagus. Hal ini sesuai dengan perspektif Islam yang mana keindahan itu perlu tunduk kepada kebenaran Ilahi. Untuk menghasilkan kesenian bercirikan Islam yang indah dan tunduk kepada kebenaran Illahi itu maka seseorang itu perlu menyucikan jiwanya terlebih dahulu supaya kemudiannya nanti seseorang itu akan melahirkan nilai yang murni dan baik dalam dirinya. Muzik dalam Islam itu juga menuntut keseimbangan antara nilai estetika dengan nilai etika Islam. Kerana itulah kesenian bercirikan Islam secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan nilai-nilai yang murni dan baik. Perkara ini tidak terkecuali juga bagi seni persembahan yang melatari masyarakat Melayu seperti Dikir Rebana. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |