Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Makalah ini memerihalkan pencerakinan sumber-sumber sekunder terpilih berkaitan dengan Islam di Pahang Darul Makmur. Analisis naratif dalam kajian ini merangkumi sejarah Islamisasi awal, perkembangan Islam, institusi keilmuan dan intelektual, pengaruh kerajaan luar yang pernah menguasai Pahang, pemberontakan Pahang dengan semangat jihad, penubuhan institusi pengajian ilmu agama serta pemerkasaan serta program penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat kini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis sumber dan menganotasi sumber terpilih berkaitan Islam di Pahang. Keseluruhan kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif menerusi reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Bagi kaedah pengumpulan data, data kajian ini dikumpul menggunakan analisis dokumen dengan penelitian terhadap sumber-sumber sekunder terpilih. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini selanjutnya menggunakan pendekatan kritikan luaran dan kritikan dalaman. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa kedatangan agama Islam telah muncul di negeri Pahang sebelum kedatangan ke Melaka dan Terengganu melalui aktiviti laut serta perdagangan. Para ulama dari luar dan dalam Pahang berjaya memainkan peranan dalam membawa semangat jihad yang dianjurkan oleh Islam. Seterusnya, hubungan intelektual antara Pahang bersama wilayah luar seperti Mekah, Madinah, Acheh dan Pasai turut berlaku dan memainkan peranan dalam menyelesaikan isu dan permasalahan agama yang berlaku di Pahang. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |