Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Call number :Vol.9.No.2
Main Author :Zahardi Zaharin
Additional Authors :Jestin Nordin
Mohd Najib Mohd Salleh
Muna Hanim Abdul Samad
Title :Tinjauan insiden-insiden kes serangan ke atas bangunan-bangunan Balai Polis Diraja Malaysia: Pencerobohan ke atas bangunan keselamatan
Place of Production :Perak
Publisher :Universiti Teknologi MARA
Year of Publication :2022
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Menyedari kepentingan pasukan polis dalam membantu mewujudkan situasi terkawal, dan selamat, bagi melindungi ketenteraman dan kesejahteraan awam, maka bangunan-bangunan balai polis dibina (di seluruh dunia) bertujuan menempatkan pusat operasi dan pentadbiran pasukan, dan Malaysia tidak terkecuali. Namun, seiring dengan peningkatan cabaran ancaman jenayah moden yang semakin canggih dan terancang, persoalan timbul sama ada reka bentuk balai-balai polis di Malaysia masih mampu berfungsi sebagai sebuah bangunan keselamatan yang sepatutnya ‘kebal’ dari ancaman pencerobohan keselamatan berdasarkan Arahan Keselamatan? Berdasarkan sejarah, Malaysia merakamkan beberapa insiden berdarah apabila beberapa balai polis diserang pihak pengganas komunis, pelampau, serta insiden kecuaian dan salah laku anggota dan pegawai yang mampu membuka peluang pencerobohan keselamatan ke atas balai-balai polis Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang terlibat. Kertas kerja ini mengumpul dan membina kronologi insiden-insiden pencerobohan keselamatan yang berlaku ke atas balai-balai polis PDRM bertujuan sebagai rujukan silang bagi mengenal pasti sela masa, jenis serangan, penyerang, dan akibat terhadap bangunan, supaya tindakan pencegahan boleh dirangka bagi mencegah risiko ancaman pencerobohan keselamatan balai polis pada masa hadapan. Kronologi insiden pencerobohan keselamatan ke atas balai-balai polis PDRM ini didapatkan melalui proses semakan laman sesawang rasmi PDRM, dokumentari, laporan akhbar, liputan berita televisyen, media massa, dan laman sesawang peminat sejarah, serta temuramah ke atas anggota dan bekas anggota PDRM. Dapatan awal kajian mendapati bahawa insiden-insiden serangan pencerobohan keselamatan di beberapa balai polis PDRM ini adalah dalam kategori kemusnahan total dan mematikan (berlaku pada tahun-tahun Darurat di Malaya). Walau bagaimanapun hanya kejadian berskala kecil dilaporkan selepas Darurat, namun, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku ke atas sebuah bangunan keselamatan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035