Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Melayu Raya, sebuah perjuangan yang berkehendakkan kesatuan pemikiran untuk bersatu dan mengembalikan keutuhan rumpun Melayu di Nusantara. Melalui gerakan ini mereka berusaha menyatukan kembali rumpun bangsa Melayu seperti sebelum era penjajahan. Era penjajahan memperlihatkan gugusan kepulauan Melayu berjaya dipisahkan menjadi beberapa entiti yang terasing. Para pejuang politik di Kepulauan Melayu berusaha untuk menyatukan rumpun Melayu dengan cara yang tersendiri. Burhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestamam dan Ishak Hj Muhammad mewakili Tanah Melayu manakala Sukarno dan Hatta mewakili Indonesia berkongsi matlamat yang sama. Makalah ini digarap dengan merujuk kepada dokumen sejarah seperti fail-fail kolonial dan menemuramah para perjuang yang terlibat dalam gerakan Melayu Raya. Lantaran itu makalah ini cuba menyingkap perjuangan Melayu Raya / Indonesia Raya dengan merujuk kepada strategi perjuangan orang Melayu serumpun dalam usaha untuk memerdekakan tanah air dari terus dijajah oleh Barat. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |