Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Latifah Abdul Latiff
Title :Penelitian Awal Terhadap Penglibatan Orang Arab dalam Kerja Amal di Malaysia Sebelum dan Selepas Perang Dunia Kedua
Place of Production :Negeri Sembilan
Publisher :Universiti Sains Islam Malaysia
Year of Publication :2022
Corporate Name :Pusat Pengajian Teras dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Pusat Pengajian Teras dan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Dahulu, orang Arab pada umumnya lebih dikenali sebagai ulama atau golongan agamawan dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia. Orang Arab khasnya daripada keturunan Sayyid dari Hadhramaut, Yaman tidak hanya terlibat dalam aktiviti dakwah, tetapi mereka juga turut melibatkan diri dalam perniagaan dan keusahawanan. Oleh kerana kebanyakan daripada mereka lebih dikenali masyarakat sebagai pendakwah atau dai dan ulama, maka, makalah ini cuba mengetengahkan penglibatan orang tokoh Arab keturunan Sayyid dalam aspek kebajikan dan kerja amal mereka di Malaysia sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan berbentuk kualitatif. Kajian perpustakaan dijalankan bagi mengkaji dan menganalisis penglibatan orang Arab dalam kerja amal dengan mengakses bahan daripada rekod arkib seperti surat dan dokumen serta penulisan ilmiah. Kajian mendapati keluarga Arab seperti al-Kaff, al-Sagoff, al-Junied dan al-Attas merupakan antara keluarga Arab yang berjaya di Malaysia dalam pelbagai bidang perniagaan. Walaupun mereka berjaya dalam bidang perniagaan, namun mereka turut menyumbang kepada masyarakat melalui aktiviti dan kerja amal seperti mewakafkan tanah perkuburan, membina masjid dan mendirikan madrasah yang dibiayai melalui dana wakaf.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035