Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Sebelum campurtangan British ke negeri Pahang pada 1888, pegawai British kurang mendapat pendedahan mengenai negeri ini, tidak sepertimana negerinegeri Melayu yang lain seperti Perak, Selangor dan negeri Sembilan. Pahang pada abad ke 19 adalah sebuah negeri yang unik kerana negerinya yang luas tetapi tidak mempunyai ramai bilangan penduduk tempatan dan orang asing seperti Cina, India dan Eropah. Maklumat yang terhad adalah disebabkan tiadanya eksplorasi yang dilakukan oleh pegawai-pegawai British mengenai negeri ini. Namun demikian, pihak British amat berminat untuk meluaskan pengaruh di Pahang kerana menganggap dengan saiznya yang besar mereka menjangkakan bahawa negeri ini mempunyai kekayaan sumber emas dan bijih timah. Oleh itu, sebelum campurtangan, pihak British amat bergantung kepada maklumat mengenai negeri ini khususnya mengenai sistem pentadbiran dan perkembangan masyarakat Melayu yang mendiami negeri ini. Kertas ini akan membincangkan keadaan masyarakat negeri Pahang menurut laporan dan pandangan yang berikan oleh pegawai-pegawai British sebelum pentadbiran British di negeri ini. Kajian menggunakan dokumen daripada sumber penulisan pegawai-pegawai British sekitar abad ke 19 yang telah memberikan maklumat mengenai keadaan negeri Pahang. Kajian juga mendapati keyakinan bahawa negeri Pahang mempunyai sumber kekayaan hasil bumi telah menarik minat pegawai-pegawai British untuk campurtangan di negeri ini. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |