Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Mohamed Ali bin Haniffa
Title :Pendudukan Jepun dan Konflik Kaum di Tanah Melayu: Penelitian Awal Berasaskan Sumber Lisan
Varying Form of Title :The Japanese Occupation and Racial Conflict in Malaya: A Preliminary Study Based on Oral Sources
Publisher :researchgate
Year of Publication :2016
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Artikel ini mengemukakan mengenai polisi divide and rule British yang telah membawa kepada pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Peminggiran mengikut zon kemakmuran ekonomi telah membawa kepada ketidakseimbangan ekonomi dan pengagihan kekayaan di antara etnik. Pengunduran tentera Jepun dari Tanah Melayu telah memberikan ruang kepada komunis Bintang Tiga melakukan kezaliman khususnya ketika proses melegitimasikan kuasa mereka. Polarisasi perkauman yang telah disuburkan oleh tentera Jepun telah membawa kepada tercetusnya konflik perkauman yang melibatkan orang Melayu dan Cina. Orang Melayu yang telah dizalimi oleh komunis mula bergantung kepada ulama, pemimpin agama dan tempatan bagi mempertahankan kelangsungan hidup mereka. Golongan ulama memanifestasikan jihad dan sabilillah sebagai tindakan terakhir dalam usaha mempertahankan kelangsungan hidup mereka. Kajian ini menggunakan sumber lisan dalam memberikan gambaran awal kepada meletus dan merebaknya konflik perkauman di Tanah Melayu berikutan pengunduran tentera Jepun. Di samping itu, menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan, melibatkan dokumen dan fail. Hasil kajian mendapati bahawa kuasa kolonial telah merencanakan ketidakstabilan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu sehingga meletusnya konflik perkauman yang terburuk dalam sejarah Malaysia. Kajian ini juga membuktikan bahawa perjuangan orang Melayu menentang komunis telah mencetuskan nasionalisme dan lebih bersifat untuk membebaskan tanahair. 
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035