Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Centre Business District (CBD) merupakan destinasi tumpuan pengunjung untuk melakukan aktiviti rekreasi atau menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di pusat bandar sesuatu kawasan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui potensi dan daya tarikan di Bukit Fraser, tahap kemudahan dan pengurusan persekitaran yang disediakan di pusat tumpuan bandar Bukit Fraser, pengurusan rekreasi serta cadangan dari segi pengurusan di kawasan rekreasi. Seramai 70 orang responden terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Kaedah kaji selidik digunakan dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS versi 22.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden yang berkunjung ke CBD Bukit Fraser memberikan impak positif terhadap ekopelancongan di sekitarnya. Kebanyakannya berhasrat untuk membuat kunjungan semula ke kawasan rekreasi ini secara keseluruhannya kerana destinasi ini mempunyai persekitaran yang kaya dengan alam semula jadi, peninggalan sejarahnya yang tersendiri serta pengurusan yang rekreasi yang memuaskan. Selain itu, kemudahan asas yang disediakan mungkin tidak dapat memenuhi kepuasan tetapi pengunjung memahami dan berharap agar penambahbaikan untuk kawasan ini terus dilakukan bagi menaikkan nama Bukit Fraser sebagai kawasan peranginan tanah tinggi yang kaya dengan alam semula jadi. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |