Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pantai Timur Tanah Melayu merupakan laluan penting bagi kegiatan Marin semenjak abad pertama Masehi lagi yang menghubungkan bahagian dunia di sebelah Timur dan Barat. Malahan tidak ramai yang menyedari bahawa kawasan pantai timur Tanah Melayu ini adalah merupakan laluan penting bagi kapal-kapal laut yang menghubungkan empayar-empayar ternama di Kemboja, Vietnam dan Cina dengan Alam Melayu. Apabila kedatangan penjajah British di negeri-negeri Melayu, laluan ini terus digunakan sebagai laluan penting yang menghubungkan negeri-negeri pantai Barat dengan pantai Timur. Langkah pihak British memperhebatkan eksploitasi ekonomi di pantai barat semenanjung ia turut mendatangkan kesan peningkatan jumlah penduduk, mereka juga memerlukan kawasan pantai timur untuk menyediakan bekalan makanan dan juga aktiviti sokongan kepada kawasan pantai Barat. Keadaan ini ditambah pula dengan pengenalan kapalwap (steamships) yang telah memberi kesan kerancakan kegiatan pengangkutan marin terutamanya sekitar abad ke 18. Sehubungan dengan itu, artikel ini akan menghuraikan bentuk dan perkembangan pengangkutan marin di sekitar pantai timur Tanah Melayu semenjak dari awal lagi. Ianya bertujuan membuktikan bahawa kawasan perairan pantai timur Tanah Melayu adalah merupakan kawasan kegiatan marin yang penting semenjak dahulu lagi. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |