Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISBN :978 967 2122 78 4
Main Author :Mohamed Ali Haniffa
Additional Authors :Ayu Nor Azilah Mohamad
Wayu Nor Asikin Mohamad
Title :Tarekat dan kemunculan agamawan sebelum perang dunia kedua: satu penelitian awal
Place of Production :Selangor
Publisher :Universiti Islam Selangor (UIS)
Year of Publication :2019
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Artikel ini mengkaji dan mengemukakan peranan tarekat dan agamawan sebelum serta selepas penjajahan di Tanah Melayu. Ilmu tarekat berperanan membentuk kekuatan ummah dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat Melayu. Justeru itu, dalam konteks perkembangan ilmu tarekat di Tanah Melayu, terdapat ramai tokoh yang memberikan sumbangan. Tarekat juga meningkatkan kesedaran masyarakat Melayu mengenai peminggirann berikutan penjajahan. Sentimen anti-Islam yang dibawa oleh penjajah pada peringkat awal bertukar menjadi anti-Kristian. Keadaan ini ditambah dengan kedatangan ulama ke negeri-negeri Melayu yang menyuntik semangat jihad. Institusi pondok di Tanah Melayu wujud sealiran dengan kedatangan Islam ke Alam Melayu. Berikutan itu ramai ulama berperanan sebagai pencetus semangat perjuangan sewaktu Tanah Melayu dijajah. Golongan agamawan turut berperanan sebagai agen perubahan dan suri teladan. Ilmu tarekat berjaya membentuk kesatuan ummah dan jihad apabila orang Melayu merasakan kehidupan beragama tercabar. Sifat keberanian dan semangat rela berkorban demi agama menyebabkan para agamawan menjadi ikutan khususnya ketika Tanah Melayu berada dalam tekanan serta kezaliman tentera Jepun dan komunis. Analisis data dibuat melalui kaedah kajian daripada sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa kemunculan ilmu tarekat dan agamawan amat signifikan ketika Tanah Melayu berada di ambang penjajahan. Bagi orang Melayu yang beragama Islam, mereka sudah sinonim dengan perjuangan mempertahankan kesucian agama Islam sejak dahulu lagi. Semangat keIslaman yang tinggi bukan sahaja untuk menghadapi ancaman terhadap kesucian agama Islam tetapi sebagai wahana untuk membebaskan tanah air.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035