Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :photo
Subject :History General and Old World
Title :DURBAR 1897
Place of Production :Kuala Lumpur
Publisher :Arkib Negara Malaysia
Year of Publication :1897
Web Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Abstract :
13 Julai 1897 – Pada tahun 1897, Sidang Raja-raja Melayu (Durbar) yang pertama, telah diadakan di Istana Negara, Kuala Kangsar. Hadir di dalam Sidang Durbar ini ialah DYMM Sultan Perak, Sultan Idris; Sultan Pahang, Sultan Ahmad; Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad dan Yam Tuan Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad. Baginda Raja-raja Melayu telah diiringi oleh Orang-orang Besar. Hadir bagi pihak Kerajaan British pula ialah Sir Charles Mitchell, Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu; Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral Negeri-negeri Melayu Bersekutu; Hugh Clifford, Residen Pahang; J.P. Rodger, Residen Selangor dan W.H. Treacher, Residen Negeri Perak. Sidang Durbar ini merupakan persidangan Raja-raja Melayu yang pertama diadakan di mana Sultan-sultan, dan Pembesar-pembesar Melayu dapat bertemu dalam satu perjumpaan yang besar. Bagaimanapun ia juga merupakan persidangan Raja-raja Melayu dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu sahaja. Tujuan utama Sidang Durbar ialah untuk memperlihatkan kepada Raja-raja Melayu tentang keadaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan bertukar-tukar fikiran mengenai negeri masing-masing.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035