Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Jabatan Warisan Negara |
Masyarakat Melayu Malaysia sememangnya amat terkenal dan kaya dengan pelbagai warisan dan budaya tradisional yang mana ia telah diamalkan dan dipraktikkan dari zaman nenek moyang sehingga sekarang. Makanan dan budaya amat berkait dan tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan masyarakat melayu Malaysia. Ia meliputi adat resam dan pantang larang yang mana sedikit sebanyak ia mempengaruhi cara kehidupan seharian mereka. Dalam masyarakat melayu pulut kuning merupakan hidangan simbolik yang sering diadakan dalam majlis-majlis keraian tertentu. Terdapat beberapa signifikan tentang penyediaan pulut kuning ini dalam masyarakat melayu yang mana ia sering dikaitkan dengan penghargaan atau terima kasih, ikatan silaturahim atau persaudaraan, kesyukuran rezeki dan tidak kurang juga untuk tujuan upacara-upacara mistik. Tujuan kajian ini tertumpu kepada kaitan tentang penyediaan pulut kuning dengan simbol budaya dan identiti kehidupan yang sering diamalkan dalam masyarakat melayu Malaysia. Skop kajian ini juga akan meninjau dan mengulas dari kajian-kajian terdahulu dari segi epistemologi untuk menentukan sejauh mana makanan tersebut mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat melayu Malaysia. Aspek lain yang akan dikaji adalah termasuk penghasilan pulut kuning dengan mengambil kira bahan-bahan yang digunakan, teknik pembuatan secara tradisional dan juga adat pantang larang semasa menyediakan makanan warisan tradisional tersebut. Hasil tulisan kajian ini juga akan diperolehi melalui temu bual bersama orang-orang lama dari generasi terawal untuk menjelaskan kaitan tentang bentuk, warna, cara hidangan dalam konteks pelaksanaan, kasih sayang, keislaman, kesuburan dan kebahagiaan |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |