Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Lata Jarum terletak di Daerah Raub, Pahang merupakan sebuah destinasi ekopelancongan yang dapat menarik pelancong dengan keindahan hutan semulajadi yang kaya dengan khazanah flora dan fauna. Ekopelancongan ialah pelancongan yang memberi impak minimum serta menyumbang kepada pengekalan habitat dan spesies hidupan secara langsung dan tidak langsung termasuklah pengekalan kebudayaan masyarakat tempatan di samping dapat meningkatkan taraf sosioekonomi mereka. Projek ekopelancongan Lata Jarum dapat menyediakan pelbagai peluang pekerjaan kepada komuniti setempat. Mereka berpeluang mengusahakan pelbagai jenis perniagaan seperti chalet, produk makanan tradisional, projek pertanian, perubatan berasaskan herba atau sebagai pemandu pelancong dan pengawal hutan. Penduduk setempat perlu memahami konsep ekopelancongan serta berusaha untuk melibatkan diri dalam projek eko-pelancongan. Komuniti setempat bakal menerima kesan pembangunan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Makalah ini bertujuan menganalisis sosioekonomi penduduk setempat di Mukim Ulu Dong. Kajiselidik dan temubual dilakukan terhadap informan utama iaitu penduduk di tiga buah perkampungan Melayu dan sebuah kampung Orang Asli di Mukim Ulu Dong. Kajian mendapati, majoriti komuniti di Mukim Ulu Dong bekerja sendiri dengan memperolehi pendapatan sebulan kurang daripada RM1000. Kaum belia kebanyakan mempunyai taraf pendidikan yang rendah. Walau bagaimanapun, terdapat juga komuniti yang terlibat dalam perusahaan IKS seperti perniagaan kedai runcit, pembuatan kraftangan, pertanian, pengeluaran produk makanan dan perusahaan chalet namun bilangannya masih kecil. Penglibatan komuniti amat penting untuk menjadikan mereka lebih aktif dan efektif di samping dapat meningkatkan kesediaan komuniti untuk turut mencari peluang pekerjaan dalam bidang ekopelancongan |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |