Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia |
Potensi bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan warisan merupakan suatu kajian yang digarap berdasarkan bukti petempatan manusia yang telah bermula sejak 2500-2400 tahun yang lampau di lokasi kajian. Kajian memberi tumpuan utama terhadap tinggalan bangunan dan kawasan bersejarah yang berpotensi untuk diangkat sebagai aset pelaburan dan peningkatan sosioekonomi masyarakat tempatan berdasarkan kepada agenda pembangunan pelancongan. Objektif utama kajian adalah mengenalpasti lokasi yang berpotensi untuk dijadikan sebagai produk pelancongan warisan dan mengemukakan cadangan bagi memelihara warisan sejarah lokal. Analisis kuantitatif digunakan terhadap 100 orang penduduk tempatan menggunakan instrumen borang soal selidik. Hasil kajian mendapati gaya senibina bangunan warisan yang masih dikekalkan ialah seperti senibina nusantara, tradisional Melayu, selatan China, pengaruh Moghul, neo-klasikal, tudor, art-deco dan palladian (Sino-Malay). Kajian turut membuktikan bahawa penduduk tempatan di Kuala Lipis menerima dan bersedia untuk turut serta dalam aktiviti pelancongan warisan. Walau bagaimanapun, kekurangan kemudahan awam, kemudahan pengangkutan dan kelemahan dalam sistem kemudahsampaian telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan. Peningkatan aksesibiliti kemudahan awam yang sedia ada di bandar Kuala Lipis serta menjalankan promosi dilihat berupaya menarik lebih ramai kunjungan pelancong. Oleh itu, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan agar dapat mempertingkatkan mutu bandar Kuala Lipis sebagai destinasi pelancongan sekaligus menonjolkannya sebagai antara destinasi pelancongan warisan yang utama di Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |