Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Agenda pembinaan negara bangsa sangat relevan dan mendesak bagi Malaysia dan Indonesia untuk menangani pelbagai cabaran yang berlaku khususnya dari perspektif kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan agama. Pembinaan negara bangsa bermula dengan kewujudan bangsa dan bangsa tersebut melahirkan sebuah negara. Negara bangsa didefinisikan sebagai pembentukan negara berasaskan kepada proses penyatuan bangsa yang diperkuatkan dengan persempadanan wilayah tertentu dalam pembentukan identity sebuah wilayah. Malaysia dan Indonesia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik telah menempuh cabaran dalam proses pembinaan negara bangsa yang melibatkan bahasa, agama, globalisasi, isu-isu perlembagaan dan lain-lain. Artikel ini akan menganalisis peranan bahasa khususnya bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai antara elemen utama dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan di Indonesia. Kajian ini menujukkan bahawa pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Semua pihak perlu memahami, menghayati dan mengaplikasikan konsep pembinaan negara bangsa dalam menghasilkan proses pembinaan negara yang lebih kemas dan kukuh. Satu nilai yang dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia. Kajian ini menyimpulkan bahawa kunci kepada kejayaan Malaysia dalam perkara ini adalah pelaksanaan dalam aspek perpaduan dalam kepelbagaian dan perpaduan yang lahir dalam kepelbagaian. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |