Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : |
Peradaban Melayu lama dengan lokasi petempatannya di kepulauan Melayu merupakan peradaban maritim sesuai dengan kedudukannya yang strategik di persimpangan jalan perdagangan laut antara dunia Barat dan dunia Timur. Lokasi petempatan dan pemerintahannya berpusat di bandar-bandar pelabuhan utama di wilayah ini. Sistem peniupan angin monsoon yang bertiup dengan berbeza arah pada musim panas dan musim sejuk dan ketiadaan angin pada antara dua musim itu, membawa kapal daripada arah yang berbeza-beza, dan semasa ketiadaan angin mereka terpaksa tinggal di pelabuhan yang memberi peluang bagi para pedagang untuk menjalankan urusan mereka. Kapal dan perahu tentu sekali memainkan peranan yang penting dalam suasana perdaganan maritim demikian, dan sejak awal lagi pedagang maritim Melayu telah menggunakan pelbagai jenis kapal untuk menjalankan perdagangan itu. Artikel ini akan menelusuri dua jenis warisan kapal orang Melayu yang digunakan dalam aktiviti perdagangan dan kegiatan maritim pada zaman lampau; iaitu Jong dan Ghali jenis kapal besar bagi penjelajahan di lautan luas dan antara benua. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |