Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Hashim bin Musa
Title :Teknologi Perkapalan Melayu Tradisional: Jong Dan Ghali Meredah Tujuh Lautan
Web Link :Click to view web link
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract :
Peradaban Melayu lama dengan lokasi petempatannya di kepulauan Melayu merupakan peradaban maritim sesuai dengan kedudukannya yang strategik di persimpangan jalan perdagangan laut antara dunia Barat dan dunia Timur. Lokasi petempatan dan pemerintahannya berpusat di bandar-bandar pelabuhan utama di wilayah ini. Sistem peniupan angin monsoon yang bertiup dengan berbeza arah pada musim panas dan musim sejuk dan ketiadaan angin pada antara dua musim itu, membawa kapal daripada arah yang berbeza-beza, dan semasa ketiadaan angin mereka terpaksa tinggal di pelabuhan yang memberi peluang bagi para pedagang untuk menjalankan urusan mereka. Kapal dan perahu tentu sekali memainkan peranan yang penting dalam suasana perdaganan maritim demikian, dan sejak awal lagi pedagang maritim Melayu telah menggunakan pelbagai jenis kapal untuk menjalankan perdagangan itu. Artikel ini akan menelusuri dua jenis warisan kapal orang Melayu yang digunakan dalam aktiviti perdagangan dan kegiatan maritim pada zaman lampau; iaitu Jong dan Ghali jenis kapal besar bagi penjelajahan di lautan luas dan antara benua. 
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035