Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
Main Author :Rajabi Abdul Razak
Additional Authors :Nurul Amira Roslin Hazer
Raihan Othman
Dzul Haimi Md Zain
Nurul Akmam Naamandadin
Mukhtaruddin Musa
Title :Analisis Fizikal Terhadap Kondusi Manuskrip Melayu dalam Koleksi Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC)
Varying Form of Title :A Physical Analysis of the Condition of Malay Manuscripts under the Collection of The International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Place of Production :Kuala Lumpur
Publisher :International Islamic University Malaysia
Year of Publication :2021
Corporate Name :Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Location :Kuala Lumpur
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Manuskrip sinonim dengan kitab lama mahupun naskah yang ditulis menggunakan tangan, bermula seawal kurun ke-13 sebelum terciptanya teknologi pencetak. Manuskrip Melayu merupakan khazanah negara yang berharga peninggalan nenek moyang yang mencatatkan pelbagai sejarah, peristiwa-peristiwa penting, kepelbagaian ilmu mengenai alam, agama, kehidupan, serta perubatan. Khazanah ilmu dan rahsia kehidupan yang terkandung dalam Manuskrip inilah yang telah menyumbang kepada penyebaran agama Islam, perkembangan manusia, permodenan teknologi serta perubatan. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memelihara naskah-naskah ini agar terus utuh dan dapat diwarisi kepada generasi akan datang. Justeru, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menganalisa sifat fizikal manuskrip menurut perspektif konservasi yang terdapat pada Manuskrip Melayu sejak dari kurun ke-13 hingga awal kurun ke-19. Sebanyak 30 naskah dari koleksi Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam telah dikenalpasti dan dianalisa sifat fizikalnya melalui kaedah visual dan analisa saintifik. Penggunaan digital mikroskop adalah salah satu peralatan yang mudah bagi mengenalpasti kondisi dakwat diatas kertas yang digunakan. Jenis kertas juga dikenalpasti dengan menganalisa tera air yang terdapat pada naskah manuskrip dari koleksi institut ini. Tera air pada kertas yang dikenalpasti adalah seperti 3 star in shield (3 bintang), lion (singa), elephant (gajah), tre lune (3 bulan sabit), man in shield dan fleur de lis. Selain daripada itu, penelitian awal juga mendapati terdapat kesan-kesan kerosakan pada struktur, perekatan permukaan, kerosakan kimiawi dan biologikal yang menjadi faktor kelemahan bahan yang menyebabkan keadaan manuskrip menjadi rapuh. Hampir keseluruhan manuskrip yang dikaji ditulis tangan dengan menggunakan dakwat karbon yang tahan lebih lama. Walaubagaimanpun terdapat beberapa manuskrip yang dikenalpasti mengunakan dakwat dari iron gall dan dapati terdapat seperti kesan terbakar dipermukaan kertas.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035