Koleksi Tamadun Pahang
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :General Works
History General and Old World
ISSN :2289-1706
Main Author :Khatijah Sidek
Additional Authors :Aishah Ghani
Shamsiah Fakeh
Title :Emansipasi dan nasionalisme dalam politik wanita Melayu pra merdeka: sorotan memoir
Varying Form of Title :Emancipation and Nationalism in Pre Merdeka Politics of The Malay Women: As Told in The Memoirs of
Place of Production :Bangi, Selangor
Publisher :Universiti Kebangsaan Malaysia
Year of Publication :2020
Corporate Name :Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Location : Selangor, MALAYSIA
Web Link :Click to view web link
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Lembaran baharu politik masyarakat Melayu pasca Perang Dunia Kedua menyaksikan penentangan Malayan Union 1946 yang mencetuskan fenomena baharu penyertaan politik wanita Melayu. Wadah politik wanita Melayu ketika itu ialah sayap parti politik berideologikan nasionalisme iaitu Kaum Ibu UMNO di bawah United Malays National Organization (UMNO) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dinaungi Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Perjuangan kemerdekaan tanah air secara tidak langsung telah menenggelamkan citra ‘emansipasi wanita’ dalam naratif politik wanita Melayu. Maka, artikel ini menyingkap citra emansipasi wanita dalam politik wanita Melayu dengan menggariskan tiga objektif. Pertama, menjelaskan sebab utama politik wanita Melayu ditenggelami naratif nasionalisme. Kedua, menghubung kait pengalaman peribadi tokoh politik wanita Melayu dengan perjuangan mendapatkan dan mengisi kemerdekaan tanah air. Ketiga, menjelaskan sifat hubungan emansipasi wanita Melayu dan nasionalisme. Sehubungan itu, sumber kajian ini menggunakan sepenuhnya memoir yang dikarang oleh Khatijah Sidek, Aishah Ghani dan Shamsiah Fakeh. Kajian ini mendapati memoir sebagai sumber sejarah menawarkan sudut pandang emansipasi wanita yang sebelumnya itu kurang jelas dalam dokumen rasmi kerajaan dan parti politik. Berdasarkan memoir Khatijah Sidek, Aishah Ghani dan Shamsiah Fakeh, pengalaman peribadi berdimensi gender telah dipolitikkan dalam perjuangan kemerdekaan. Sehubungan itu, ia memperlihatkan hubungan agenda emansipasi wanita dan nasionalisme bersifat dua dimensi iaitu (i) harmoni dan (ii) konflik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or 09-431 5035