Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Masyarakat Melayu kaya dengan kepelbagaian makanan tradisionalnya yang tersendiri. Menerusi makanan, latar belakang masyarakat dapat dikenal pasti termasuklah keunikan budaya sesebuah kelompok termasuk cara mereka berinteraksi dalam sistem sosial dapat difahami dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan bagi melihat jenis makanan yang tercatat dalam cerita rakyat terpilih iaitu Musang Berjanggut. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis teks dalam mengintepretasi teks sebagai pernyataan yang menjelaskan keadaan dan menyediakan panduan dalam mengenal pasti makanan dan fungsi makanan dalam interaksi masyarakat Melayu pada pelbagai peringkat. Hasil kajian mendapati 29 jenis makanan yang tersurat dalam teks Musang Berjanggut menghuraikan tentang kekayaan makna simbol makanan dan keunikan fungsi makanan dalam dunia gastronomi Melayu. Fungsi makanan juga dimanfaatkan dalam menjelaskan kedudukan sosial masyarakat, status ekonomi, interaksi sosial dalam kalangan masyarakat Melayu. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |