Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Kajian ini membicarakan nilai murni dalam Pantun Pak Nazel dengan memberi tumpuan khusus ke atas nilai patriotisme. Data kajian berfokuskan kepada buku Pantun Pak Nazel yang mengandungi 1229 rangkap pantun yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2010. Kajian yang berorientasikan kajian kepustakaan ini mengaplikasikan teknik bacaan rapi. Dapatan kajian ini membuktikan bahawa Pantun Pak Nazel memang sesuai untuk dijadikan bahan tambahan pelajaran bahasa Melayu (Komsas) dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima. Koleksi pantun ini dilihat berpadanan dari segi 21 nilai-nilai murni Kementerian Pelajaran Malaysia. Pantun-pantun koleksi Hashim Mohamad (Pak Nazel) dapat mendidik khalayak pembaca terutama kalangan remaja dalam aspek nilai kehidupan supaya mempunyai jati diri dan warganegara yang bertanggungjawab terhadap bangsa, agama dan negara dengan mempunyai nilai patriotik yang utuh dalam diri. Didikan secara tidak langsung ini menggunakan pantun sebagai medium pengantara memberikan satu peluang suntikan secara halus menyampaikan hasrat Pak Nazel mengetengahkan nilai-nilai murni dalam pantun. Bahasa yang disampaikan amat sesuai dan bicara nurani dalam maksud-maksud pantun ciptaan Pak Nazel sampai kepada khalayak pembaca. Genre puisi tradisional ini telah memberi ruang dalam dunia pendidikan dalam penerapan nilai-nilai murni sesuai dengan perubahan masa dan tuntutan zaman. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |