Koleksi Tamadun Pahang
|
|
|
Abstract : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) |
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti unsur adab dan tatacara kehidupan orang Melayu terdahulu yang terdapat dalam teks Hikayat Hang Tuah. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti jenis amalan adab yang wujud dalam teks Hikayat Hang Tuah. Kajian ini menggunakan teori kajian budaya (cultural studies theory) sebagai sokongan dan hujah. Teori ini mengkaji segala tindakan manusia memasuki dan membentuk masyarakatnya. Dapatan kajian mendapati banyak unsur adab dalam kalangan masyarakat Melayu lama yang wujud dalam teks hikayat tersebut. Unsur adab tersebut merangkumi adab masyarakat dalam bersosial. Unsur adab ini menepati kehendak prinsip teori yang digunakan. Implikasi kajian ini adalah sebagai panduan dan rujukan kepada masyarakat, para pengkaji, dan ilmuwan dalam meneliti kandungan penting dalam teks Hikayat Hang Tuah. Di samping itu, kajian ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada umum mengenai amalan adab orang Melayu terdahulu dalam kehidupan seharian |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |